SOALAN LAZIM “BACKPACKER CONCEPT”

1. Adakah kita akan berpindah penginapan?
– Tidak, penginapan tetap, tidak perlu bepindah-pindah. Tak perlu bawa bag besar ke sana ke mari. Konsep berjalan santai mcm jalan dengan kwn-kwn je.
2. Adakah kita akan duduk di dorm dan perlu berkongsi tandas?
– Tidak, bilik konsep berdua dan bertiga dengan tandas privasi di setiap bilik.
3. Harga pakej Ground ni dah termasuk semua?
– Ya, sudah termasuk semua pengurusan di Seoul Korea, kecuali tiket penerbangan. Tinggal bawa duit shopping je.
4. Ada diskaun tak untuk pakej ni?
– Ya, ada diskaun untuk pakej ni daftar 3 org (dewasa sahaja) atau lebih harga akan jadi RM1200/seorang. Dibuka untuk hari ini sahaja.
5. Berapa deposit untuk pakej ni?
– Hanya RM300 sahaja seorang.
6. Berapa harga tiket penerbangan?
– Untuk harga tiket penerbangan murah, boleh semak di website AirAsia di www.airasia.com
7. Boleh tak pihak JT belikan tiket penerbangan?
– Boleh, secara automatik pakej anda akan jadi pakej All-In, jika anda mahu pakej All-In, sila maklumkan kepada team JT, kami akan beri harga terbaik untuk pakej All-in. Harga mungkin akan berubah-berubah mengikut harga tiket penerbangan semasa.
8. Berapa deposit untuk pakej All-In?
– Deposit untuk pakej All-In 60% daripada harga yang diberikan.
9. Apakah yang sudah termasuk untuk pakej All-In?
– Tiket Penerbangan Pergi/Balik & Pengurusan di Seoul Korea. Tidak termasuk masuk luggage, insurans dan meal dalam penerbangan.
10. Jika nak tambah luggage, insuran dan meal dalam penerbangan berapa?
– Boleh lihat detail harga diberikut,
AIR ASIA X
LUGGAGE
20kg – RM190
25kg – RM210
30kg – RM270
40kg – RM410
LUGGAGE (After ticket been issued, Add-on)
20kg – RM215
25kg – RM240
30kg – RM310
40kg – RM470
INSURANS (RM60)
MEAL (RM45)
11. Bagaimana jika saya berminat untuk pakej 6 hari 5 malam?
– Untuk pakej 6 hari 5 malam, anda akan dibawa ke Everland Theme Park. Tambahan harga pakej sebanyak RM650/seorang. Harga ini termasuk penginapan, pengangkutan, tour guide, tiket lawatan dan makan tengahari.
12. Boleh tak nak bawa kanak-kanak bawah 2 tahun?
– Boleh, anda perlu bawa stroller bagi memudahkan perjalanan.
13. Berapakah harga pakej untuk kanak-kanak?
– RM1200/pax (Kanak 6 – 11 tahun), RM500/pax (Kanak 2 – 5 tahun), Percuma (Bayi 0 – 2 tahun) tidak termasuk tiket penerbangan. Harga kanak-kanak tiada diskaun, harga tetap.
14. Jika beli tiket penerbangan sendiri, masa dan tarikh bagaimana?
– Tarikh perlu ikut tarikh yang team JT tetapkan, masa tak kisah. Contoh tarikh trip 1-5 May 2017, beli flight tiket ikut tarikh sampai Korea 1 hb, balik ke KL pula 5hb. Masa penerbangan bebas memilih mana-mana waktu, yg penting sampai dan balik ikut tarikh yg diberikan team JT.
15. Boleh ke nak buat pembayaran guna credit card ataupun debit card?
– Boleh. Klik link ini untuk buat pembayaran.
16. Boleh ke buat pembayaran secara ansuran?
– Boleh. Perlu membuat pembayaran deposit dahulu, kemudian baki boleh dibayar secara ansuran.